Thursday, June 28, 2012

::. Heheh .::

Good Morning ! Amboi semangat gitu nak menulis dekat sini. Dah berapa kurun dah ni tak bukak blog ni. Heheh. Tetibe pulak rasa nak menekan-nekan keyboard lappy di pagi yang hening ini,ditemani pulak angin yang seakan-akan membuai diri aku untuk terus menyambung tido. Heheh. Oh ya,ape khabar semua sayang-sayangku? UNSUR LEWAH ! Apa khabar semua sayangku? Harap sihat lah ye. Ni dah bulan Syaaban dah tinggal berapa hari lagi kita nak puasa. Akak-akak,makcik-makcik,kak cik-kak cik,mak lang,mak ngah,mak teh n mak-mak seua dah habis ke bayar hutang dengan Sang Pencipta?Kalau tak ganti puasa lagi,silalah berbuat sedemikian sebelum 15 Syaaban menjelma.Harini kite nak cakap pasal ape eh? Hmm. Sepatutnya harini ak berada di dalam kelas 6A1 dan mungkin tengah mendengar Cikgu Gee sedang membebel sebab budak-budak ni tak siapkan kerja dia yang dah seminggu dia bagi,termasuk aku. Maaf cikgu,sebenarnya saya tak tahu dah mana saya letak soalan cikgu bagi tu. Haha. Teruk betul. Hmm,pejam celik-pejam celik dah nak masuk bulan 7 dah kak oi. Dah dekat sangat dah nak berperang. Bukan nak beranak ok. Pedang tak tajam lagi ni macam mana nak g berperang. Minggu depan dah nak exam MUET. Harap semuanya ok ! Band 4 dalam genggaman. Sebenarnya petang karang aku mewakili kelas 6A1 kena speaking. Dah tu pulak kena jadi group 1. Harap ok la kan memandangkan ni dah kali ke-2 kitorang praktis speaking ramai-ramai. Tapi ada jugak part tak best nya bila kita dapat partner yang kaku English.Tapi takpe.Yang penting kerjasama dalam berkumpulan tu yang dapat menunjukkan diri kita yang sebenarnya dalam berkawan. Sekarang tengah serabut kepala otak nak siapkan kerja kursus Seni Visual kertas 3. Kemain banyak lagi kerja yang belum disiapkan . Sekali pikir rase menyesal pulak sebab aku tolak tawaran ke IPTA dan masuk Form 6. Tapi takpe,dekat sini aku dapat kenal ramai orang,dapat menilai hubungan setia kawan. Dulu aku paling menyampah dekat sekolah yang aku belajar sekarang ni. Almaklumlah sekolah tu macam banyak sangat sosial nya. Tapi sebenarnya tak sangat pn walaupaun ada segelintir di antara mereka yang suka buat hal. Betul la orang selalu cakap jangan menilai sesuatu tu dari luarannya sahaja.Aku harap tahun depan aku tak berada di bumi Besut ni lagi dah. Insyaallah,akan ke menara gading bersama rakan-rakan seperjuangan.Amin. Kepada pelajar kelas 6A1 & 6A1 sama-samalah kita belajar bersungguh-sungguh agar semuanya dapat menjejakkan kaki ke Universiti pilihan anda semua. Bealajarlah daripada kesilapan kerana ia sebenarnya dapat mengajar seseorang dan boleh menjadi pengajaran kepada diri sendiri.Akhir kalam , chewah.. TUNTUTLAH ILMU KERANA ILMU MERUPAKAN HARGA DIRI ANDA.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...