Monday, December 31, 2012

::. 311212 .::

Assalamualaikum sayang ! (: Selamat petang. Hari ini kita semua dah sampai ke penghujung tahun 2012 kan. So adakah semua azam sayang-sayang pada tahun ini telah tercapai? Yang tu kena tanya diri sendiri. (: Sedar tak sedar, cepat je kan masa berlalu. Rasa seperti baru je semalam kita sambut tahun 2012. Melangkah tahun 2013 bermakna kita semua perlu cipta azam baru lah ya ! Umur pun sudah berganjak tua. Oh alangkah baiknya kalau umur kita tidak pernah berubah. (: Kalau umur kita semua tidak pernah berubah, mungkin kita semua tidak akan tahu tanggungjawan kita yang sewajarnya patut digalas seiring dengan usia kita kan. Hari yang terakhir bagi tahun 2012 ini diakhiri dengan tangisan yang lebat dari langit. Oh ya, nampak gayanya kita semua sambut tahun baru yang akan menjelma beberapa jam lagi dalam banjirlah. Banjir untuk kali ke-2 bagi tahun ini. (: Nampak gayanya setakat ini sahaja coretan pada petang ini. Insyaallah azam tahun baru akan tercapai, menjadi seorang yang lebih baik untuk semua orang ! (: Okay lah, setakat ni jela dulu untuk hari terakhir bagi tahun ni. Maafkan segala keterlanjuran percakapan atau perbuatan yang telah dilakukan sama ada secara sengaja atau tak sengaja pada tahun ini. Semoga kita semua menjadi muslim dan muslimat yang sejati, insyaallah. (: Ok, assalamualaikum sayang ! Babai sayang-sayangku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...