Tuesday, May 27, 2014

Susulan kejadian di klinik dalam kawasan kampus ni, aku kena buat appoinment di polyclinic di Kota Sentosa. Pergi dengan kereta Unimas. Driver ni ntah pape je. Bagi aku dia macam cuai sikit. Batu je naik kereta tak sampai 5 minit dah nek berlaga dengan kereta lain. dua, masa drive dia main fon. 3 dia suruh pulak aku duduk depan, katanya macam teksi la pulak kan aku duduk kat belakang. Ek, kisah pulak aku. Ok dah sampai kat klinik tu, ya Allah ramai gila orang. Aku pun apa lagi, mulalah pening, mual. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku haritu. Sini, ramai yang free hair. Tak, aku bukan nak mengata. Tapi yang free hair tu tolonglah ikat ke rambut tu, jangan la bagi serabai. Jangan bagi nampak kelimumur. Rambut jangan bagi ada bau. Tak tahan aku. Berair mulut ok. Mual. Ok then, jumpa doktor, test urine, tengok result tu doc cakap takde pape masalah. Semua okay. Then, legalah hati aku. Dah siap ambil ubat, tunggu la driver tu sebab dia pergi ambik student lain kat klinik lain. Boleh tahan aku menunggu. Naik kereta, dia ajak makan. Kihkih, aku buat muka blur-blur la kan. Kitorang makan di SCR. Aku dah agak dia nak belanja jadi aku order makanan dan air yang agak best harga dia. Bila ingat kesian pula kat dia. Memang dia yang belanja kan,katanya nak buat pahala. Kalau tiap-tiap hari nak buat pahala pun boleh kalau ajak aku makan. Haha. Ok itu sahaja cerita pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...