Wednesday, January 18, 2012

::. wahai cinta .::

Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi. Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati.Cinta itu menghayalkan. Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya. Lupa dunia, lupa Akhirat. Begitulah cinta itu. Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas. Disebabkan cinta, kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana. Yang menanggungnya kita. Bukan oang lain.Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai. Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu, berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi. Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah.Cinta itu ialah satu fitrah kurniaan Allah. Al-Quran ada bercerita tentang cinta, bagaimana cinta itu banyak bahagiannya. Cinta kepada kebaikan, keimanan, kekuasaan, harta benda, nafsu dan lain-lain. Maka, satu kesimpulan dapat dibuat, iaitu cinta itu boleh mendorong manusia kepada melakukan kemungkaran dan boleh juga mendorong manusia untuk melakukan kebaikan.

Renung renungkan wahai sahabat.Semoga Allah merahmati kalian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...