Thursday, January 31, 2013
::. H.A.T.I.P.E.R.E.M.P.U.A.N. .::
BILA PEREMPUAN MENANGIS
Pernahkan anda tertanya-tanya
kenapa seorang perempuan
menangis hanya kerana seorang
lelaki? Mungkin sebab anda sudah
terbiasa dengan auta bahawa
perempuan memang suka
menangis... Seorang perempuan
takkan menangis dengan mudah,
tetapi hanya apabila dia mula
menyintai anda, dia mula
merendahkan egonya untuk anda
semata-mata kerana anda. ... ...
Apabila dia menangis di hadapan
anda, Apabila dia menangis
kerana anda, Pandanglah
matanya, Bolehkan anda rasakan
apa yang dia rasa? Pernahkah
anda CUBA untuk memahami apa
yang dia rasa? Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda, Hanya kerana
anda? Dia menangis bukan
kerana dia lemah, Dia menangis
bukan kerana dia kasihan atau
simpati, Dia menangis, Kerana dia
tidak lagi mampu untuk menangis
didalam hati, Kesedihan yang
dirasainya menjadi semakin berat
untuk disimpan. Guys, Cuba ambil
masa untuk berfikir, Jika si dia
menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya
anda fikir kembali di mana silap
anda, Kerana hanya anda tahu
jawapannya. Fikirkan, Kerana
suatu hari nanti, Ianya mungkin
terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk
mengucapkan “maafkan saya…”
Guys, kalau seorang perempuan
menangis kerana anda, janganlah
anda membiarkan dia menangis
keseorangan. Beradalah disisi dia,
menemani dia, kerana dialah yang
akan setia dengan anda sehingga
akhir hayat anda. Guys, kalau
seorang perempuan menangis
kerana anda, janganlah anda
meninggalkan dia selagi dia
masih memerlukan anda. Kerana
anda akan merosakkan hidup dia.
Guys, jangan pernah
mengungkapkan rasa cinta anda
kepada seorang perempuan
selagi anda belum benar-benar
yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana anda hanya akan
membuatkan si dia menangis dan
sengsara...Mudah bagi seorang
perempuan untuk berpura-pura
melupakan cinta lamanya
terutama cinta pertama, tetapi
bukan mudah untuk membuang
parut dalam jiwanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment