Friday, March 22, 2013

::. Syukur .::

Assalamualaikum dan salam jumaat ! Genyeh genyeh mata sikit. Ok sudah jelas. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sihat saja ya! Oh ya harini hari jumaat, penghulu segala hari. Selawat junjungan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat bagina. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini. Oh ya, mengimbau kembali hari bersejarah a.k.a hari pengumuman keputusan STPM bertarikh 18.03.13, hati ini tersenyum panjang ! Hehe. Aku macam tak percaya pulak aku dapat keputusan yang ok juga walhal aku bukan pun masuk dalam senarai budak top 10 dekat sekolah aku tu. Ceh, tu yang membuatkan aku tak berapa percaya tu. Tapi malam keputusan nak diumumkan tu, aku punya la tak boleh tido sebab pikirkan result esok hari. Ceh, gabra tahap gaban. Esok pagi, sekitar pukul 10 sebelum pergi sekolah aku text cikgu nazli a.k.a cikgu PA aku *pengajian am*, aku tanya dia macam mana agaknya rupa slip result aku tu, ok atau sebaliknya. Cikgu reply text aku yang berbunyi, 'tahniah, awak berjaya ke u'. Ceh, apa lagi kan terus la aku menangis. Ok, habis comot muka. Tapi tu saja tak cukup, aku kena tahu berapa pointer aku sebab cikgu cakap tu aje. Otw ke sekolah berdebar gila ! Memang seluruh jiwa raga tak boleh duduk diam. Jantung pulak macam baru lepas berlari 4000meter berdegup kencang walhal tak pernah pernah pulak aku mengambil bahagia dalam acara lari lari ni. Masa berada dalam bilik mesyuarat a.k.a tempat kami berkumpul untuk tengok result kami, tanpa diduga nama aku turut tergolong dalam kelompak pelajar yang dapat pointer 3 ke atas. Syukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan aku kejayaan. Yes, aku happy sangat ! Terima kasih yang tak terhingga buat guru-guru aku yang banyak mencurahkan ilmu tanpa rasa jemu, umi, aboh and keluarga yang always support aku dari belakang serta rakan-rakan seperjuangan yang selalu ada di sisi, terima kasih ! Jasa kalian memang akan selalu aku kenang. Tahniah kepada Nor Madya binti Manaf a.k.a kawan aku masa kat SMKAWA, SMKPUTRA, a.k.a lagi pelajar cemerlang peringkat kebangsaan. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...