Tuesday, May 24, 2011

:::. pErPiSaHaN ItU .:::


Tidak perlu berasa terlalu sedih dengan setiap perpisahan.Perpisahan adalah pintu untuk pertemuan orang baru.Tanpa perpisahan bolehkah orang baru itu kita kenali,sayang seterusnya menjadi pasangan kita hari ini.

Tidak mengapa berasa sedih namun tak payah la terlalu sedih.Kesedihan hanyalah ledakan perasaan yg dibauri oleh perisa syaitan.Disebabkan ksedihan itulah ramai yg tidak redha lantas tanpa dsedari menjadi kufur bila hati kerap mempertikaikannya.mengapa Allah buat begini?mengapa aku diuji sebegini?Sedangkan setiap kesedihan hujungnya ada nikmat.Bila,bagaimana,tiada siapa pun yg tahu namun ia tetap terjadi.

Jika perlu menangis oleh perpisahan,menangislah,tapi usahlah terlalu lama.sebab pintu pertemuan yg baru sudah terbuka.Biasanya pertemuan yg baru menjanjikan kegembiraan yg lbih baik kerana kita telah semakin matang oleh pengalaman yg dilalui.

Tanpa manusia terpaksa berenang menyeberangi sungai,tidak mungkin jambatan tercipta.Tanpa kepayahan berpanas hujan,tidak  mungkin rumah dibina.Hidup adalah pengalaman penuh pengajaran dan juga pengetahuan.Setiap yg dilalui adalah ilmu buat mendepani hari hari yg bakal mendatang.Biar ia merupakan sedih pada hari ini,mungkin ia adalah mukadimah kegembiraan hari esok.

Memang tiada manusia mahukan perpisahan tetapi jika perpisahan itu terjadi,fahamilah bahawa setiap sesuatu akan sampai pada pengakhirannya.Usah sangka perhubungan yang panjang adalah kebahagiaan,kadang kadang ia lebih rancak oleh masalah yg terpaksa ditangani berpanjangan.

Perpisahan adalah kembarnya pertemuan.Setiap kali anda bertemu insan baru,beritahu juga hati anda akan berpisah dengannya.Bila,dimana,bagaimana kenapa tiada siapa yg tahu.Pokoknya perpisahan pasti akan terjadi.Sama ada oleh hayat yg telah sampai ke penghujungnya atau sememangnya perhubungan itu telah sampai pada titik niktah untuk berhenti.

Perpisahan walaupun sakit untuk diterima,bergembiralah kerana kita telah merdeka oleh kerenah yg menyakitkan hidup sekian lama.Meskipun setiap orang ada baik dan buruknya,apabila saat perpisahan terjadi,kenangi selalu keburukannya supaya anda bersyukur akhirnya hidup kembali  bermula dari awal.Usah terlalu dikenangi baiknya nanti anda akan kesal berpanjangan.

Relakan sebarang perpisahan dengan syukur dan redha.Jika mampu senyum maka ketawalah.Orang yg meninggalkan kita memang ingin lihat kita terluka oleh perbuatannya.Menangis adalah markah kemenangan buatnya,tetapi tersenyum dan tertawa membuatkan hatinya menderita.

Usah tinggalkan kenangan gembira di hati orang orang yg meninggalkan anda tetapi tanam lah kenangan ralat dan kesal di jiwanya.Tanpa matlamat kesedihan tiada siapa yg mahukan perpisahan terjadi,tetapi andainya manusia sanggup berpisah bukankah itu bermaksud mahukan kesedihan?Usahlah menjadi mangsa kepada kesedihan itu tetapi bangkitlah dan depani hidup baru,moga moga Allah berikan pengganti yg lbih baik.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...